‘Tindakan Polis, JPJ ‘pukat’ peserta Himpunan RX-Z’ – Ini suara Kerajaan Terengganu
KUALA NERUS: Kerajaan negeri tidak akan sesekali melangkaui kuasa polis berhubung penahanan ramai peserta Himpunan RX-Z Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, yang berakhir hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, menegaskan kerajaan negeri menghormati bidang kuasa pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun beliau percaya, penganjur program yang dihadiri lebih 60,000 peserta itu mengharapkan pertimbangan istimewa daripada pihak berkuasa kerana peserta yang hadir bukan sahaja dari Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, malah juga dari Thailand dan Indonesia.
“Program itu (RX-Z Member 5.0) bukan program kerajaan negeri, tapi kita sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama dalam pelbagai aktiviti positif, malah RX-Z Member ini adalah kali kelima penganjurannya dan semuanya bekerjasama dengan kerajaan negeri termasuk perbincangan dengan agensi terlibat termasuk pihak polis.
“Bagi saya ini langkah positif daripada penganjur iaitu mereka tidak mengabaikan kuasa pihak polis, malah tetap berkunjung dengan memohon bimbingan polis, selain minta nasihat pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Jadi apa yang berlaku pada hari ini (penahanan peserta Himpunan RXZ 5.0), pihak kerajaan negeri tidak boleh melangkaui kuasa pihak polis, malah kita tidak boleh minta mereka batalkan sekatan jalan raya sebab itu kuasa mereka.
“Malah kita menghormati pihak berkuasa, tapi kita juga saya rasa pihak penganjur sangat harapkan pertimbangan istimewa daripada pihak polis terhadap semua dalam kalangan pengunjung yang hadir.
“Ini kerana secara asasnya pihak penganjur sudah maklumkan garis panduan kepada peserta yang hadir termasuk supaya tidak berkonvoi selain mengikut peraturan, saya rasa kalau nak salahkan penganjur meneliti semua perkara ini tidak mampu nak buat, ia sekadar maklum tapi peserta perlu memberi perhatian,” katanya.
Beliau ditemui selepas penutupan program itu di Litar Permotoran Terengganu, petang tadi yang dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Yahaya Ali.
Terdahulu polis menahan lebih 100 motosikal menerusi Ops Bersepadu di seluruh negeri ini, sejak Khamis lalu sehingga hari ini.
Difahamkan, operasi bersama polis dan JPJ itu dijalankan susulan penganjuran sebuah acara perhimpunan penunggang motosikal di negeri ini, selain aduan orang ramai terhadap segelintir peserta perhimpunan itu yang didakwa menimbulkan suasana bingit dan tidak selesa kepada penduduk.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata penahanan dalam operasi itu dilakukan menerusi sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan atas pelbagai kesalahan termasuk penunggang tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan, ubah suai nombor pendaftaran dan pelbagai kesalahan lain.
Dalam pada itu peserta dari Teluk Intan, Perak, Mohd Fahmi Ahmad Tamyes, 31, menerima sebuah motosikal Ducati Panigale 1299 berharga RM100,000 selepas diumumkan pemenang cabutan bertuah dalam himpunan terbesar itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri
You must be logged in to post a comment.