Takiyuddin bidas Anwar, dakwa dahului kuasa speaker

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melangkaui bidang kuasa speaker Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan enggan membahaskan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, kata pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Kuasa untuk memutuskan sebarang usul untuk membahaskan sesuatu perkara terletak pada speaker Dewan Rakyat, kata ketua whip PN Takiyuddin Hassan.

“Di sini jelas bahawa perdana menteri telah membuat kenyataan yang melampaui bidang kuasa dan peranannya sebagai Ketua Majlis dengan mendahului keputusan yang sepatutnya dibuat oleh Yang Dipertua Dewan,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan malam tadi.



Tambah bekas menteri undang-undang itu, kes berkenaan perlu dibahaskan di Parlimen kerana ia memberi kesan kepada banyak perkara termasuk badan kehakiman serta imej dan integriti kerajaan.

Kata pemimpin PAS itu lagi, ketidakpuasan hati dan respons negatif orang ramai terhadap keputusan kes berkenaan membuktikan lagi betapa pentingnya ia dibahaskandi Dewan Rakyat.

Takiyuddin menjelaskan tiada isu sub judice dalam kes ini kerana mahkamah telah pun memberikan DNAA kepada Zahid.

Doa berkata alasan Anwar bahawa peguam negara bukan menteri atau ahli parlimen juga tidak boleh diterima.



“Selama ini segala isu perundangan termasuk yang dibangkitkan di Parlimen oleh perdana menteri sendiri dan partinya semasa berada di pihak pembangkang dahulu dapat dijawab malah diberikan penerangan yang jelas oleh menteri-menteri yang berkaitan termasuk kes mahkamah melibatkan isu 1MDB dan seumpamanya,” katanya.

PN percaya keputusan kes Zahid mesti dibahaskan di Parlimen kerana persepsi negatif rakyat terhadap keputusan kes itu kerana ia berkait rapat dengan soal integriti Jabatan Peguam Negara dan kerajaan.

“Justeru PN menyeru dan mengharapkan agar Yang diPertua Dewan Rakyat akan membuat petua yang dihormati berkaitan perkara ini berdasarkan peratuan dan undang-undang yang ada secara adil saksama tanpa gentar dan memihak serta tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak termasuk kerajaan,” kata Takiyuddin.

Anwar sebelum ini berkata parlimen bukanlah tempat untuk membahaskan DNAA yang diberikan kepada Zahid kerana terdapat pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan – eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker