Tengku Hassanal, Tengku Ahmad pula jadi igauan orang Sarawak (Video)

Tengku Hassanal, Tengku Ahmad pula jadi igauan orang Sarawak (Video)

Kehadiran Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan adindanya, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak berjaya memikat hati rakyat setempat.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @Shaaaaaza, Tengku Hassanal dilihat beramah mesra dengan orang ramai yang mengerumuni kenderaan yang dinaiki baginda.



“Sudah makan semua? Best Sarawak, sangat menyeronokkan dan sangat baik,” kata baginda.

Bagaimanapun, baginda juga sempat berseloroh dan memperkenalkan adindanya, Tengku Ahmad kepada orang ramai.

[videopress KAYijqlF]

“Ini adik saya, Tengku Ahmad,” selorohnya sambil disambut sorakan gembira daripada rakyat Sarawak.

Kehadiran mereka berdua ternyata mendapat perhatian ramai dan perkongsian tersebut juga dihujani komen-komen yang terpukau dengan ketampanan anak raja itu.



“Kami di Sarawak memang best Tengku. Boleh dah cari jodoh nanti anak ‘mix’ orang Borneo,” tulis seorang pengguna.

“Saya lapar sebenarnya Tengku tetapi bila nampak wajah Tengku terus kenyang,” komen Eida.

Dalam pada itu, ada juga pengguna yang tertukar Tengku Ahmad dan Tengku Muhammad ekoran raut wajah hampir sama.

“Serius keliru Tengku Ahmad dengan Tengku Muhammad. Muka hampir sama, kena perhati betul-betul,” kata seorang pengguna.



Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang menyertai kembara yang sama di Sabah berjaya memukau rakyat Sabah dengan ketampanannya. K Online

[videopress 9NSePGwI]

Tengku Hassanal, Tengku Ahmad pula jadi igauan orang Sarawak (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker