Syed Saddiq didakwa menarik sokongan, Kerajaan PH-BN hilang majoriti 2/3

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka menarik balik sokongan terhadap kerajaan di Dewan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan presiden Muda itu berkata pengumuman rasmi dijangka dibuat lewat hari ini, menjelang sidang khas Dewan Rakyat esok untuk Semakan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

“YB (Saddiq) telah menghantar surat kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul pada tengah hari, hari ini, memaklumkan tindakannya untuk menjadi sebahagian daripada bangku pembangkang,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.



“Tetapi Muda tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN). YB (Syed Saddiq) akan menjadi kuasa ketiga.

“Muda kekal menyokong agenda kerajaan apabila mengundi (di Dewan Rakyat) mengenai reformasi perlembagaan dan institusi,” kata sumber itu.

Sidang khas Dewan Rakyat esok akan menyaksikan Ahli Parlimen Pulai yang baru dipilih Suhaizan Kaiat daripada Pakatan Harapan (PH) menyertai bangku kerajaan dan memulihkan majoriti dua pertiga gabungan itu.

Bagaimanapun, penarikan balik sokongan Syed Saddiq akan menyebabkan kerajaan kekurangan satu kerusi daripada jumlah minimum yang diperlukan untuk meluluskan beberapa pembaharuan termasuk hak kewarganegaraan bagi wanita yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia di luar negara dan memisahkan jawatan peguam negara dan pendakwa raya.



Sumber kedua daripada Muda turut mengesahkan keputusan Syed Saddiq dan menjangkakan pengumuman petang ini.

“Pada malam ini juga akan ada townhall dalam talian untuk Syed Saddiq menjawab sebarang pertanyaan,” kata sumber pimpinan Muda.

Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke telah mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangannya di kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan PH.

Pada 5 Sept, Syed Saddiq mengancam menarik balik sokongan terhadap kerajaan perpaduan sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.



AGC sejak itu berkata ia berdasarkan alasan yang kukuh.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker