Tengku Muhammad bikin orang Sabah cair (Video)

Tengku Muhammad bikin orang Sabah cair (Video)

Rata-rata rakyat Sabah teruja dengan ketampanan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sehingga ramai yang tidak boleh ‘move on’ walaupun Kembara Kenali Borneo di Sabah berakhir semalam.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok @Sis Lyen, individu tersebut telah berkongsi beberapa keping gambar dan klip video yang memaparkan perjalanan Tengku Muhammad Iskandar sepanjang lima hari berada di Sabah.



“Kami rakyat Sabah masih belum dapat ‘move on’, maafkan kami.

“Terima kasih Tengku sudah menceriakan rakyat Sabah selama lima hari,” tulis individu tersebut.

Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen telah ditinggalkan pengguna yang turut sama berkongsi keterujaan mereka dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta anakanda baginda berdua.

“Tengku Muhammad betul-betul telah menambat hati rakyat di Sabah,” tulis @CikNoMa.



“Orang Sabah meminati Tengku lebih dari artist Korea. Bukan setakat ‘handsome’ tapi baik hati berjiwa rakyat,” kata @cb680501.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Fauziana_haini.

“Saya di Perak pun belum boleh ‘move on’,” jelasnya. K Online

https://vt.tiktok.com/ZSL3WD7So/



Tengku Muhammad bikin orang Sabah cair (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker