Hilang harta dan keluarga kerana tinggalkan solat asar
Gara-gara meninggalkan solat asar, Hilang harta dan keluarga kerana tinggalkan solat asar
Rasulullah s.a.w. memberikan amaran yang sangat keras kepada sesiapa yang meninggalkan solat Asar dengan sabdanya,
“Siapa yang meninggalkan solat asar, maka gugurlah amalannya.” (HR Bukhari)
Selain itu, Ibnu Umar r.a. turut meriwayatkan daripada Baginda s.a.w tentang balasan orang yang sengaja meninggalkan solat Asar dengan katanya,
“Orang yang luput solat asarnya samalah seperti dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (HR Bukhari)
Bayangkan betapa besarnya fadilat solat Asar sehingga Rasulullah s.a.w. telah menyamakannya dengan keluarga dan harta kekayaan.
Sekiranya berulang kali kita meninggalkan solat asar, maka secara analoginya, kita juga telah kehilangan berulangkali harta kekayaan dan keluarga, yang sememangnya menjadi dambaan setiap manusia. Bahkan segala amalan baik yang dilakukannya gugur tidak tersisa. Allahu! Ruginya, segala perbuatan baik hanya sia-sia sahaja.
Lihat mereka yang kehilangan harta dan keluarga yang disayangi, ada yang menjadi separuh gila, meratap dan meraung kesedihan, bahkan ada juga yang sanggup membunuh diri, lantaran tidak sanggup menghadapi kehilangan tersebut. Maka alangkah baiknya jika perasaan yang dialami itu, turut dirasai tatkala meninggalkan solat asar.
Daripada Ali r.a. katanya, ketika terjadinya perang Ahzab, berlaku satu peristiwa di mana golongan Muslimin dihalang dari menunaikan solat asar, maka Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah memenuhi kubur dan rumah mereka (orang-orang kafir Quraisy) dengan api, kerana mereka menghalangi kita solat Asar sampai-sampai matahari terbenam.” (HR Muslim)
Hakikatnya solat lima waktu adalah satu amalan yang wajib dipenuhi tuntutannya, kerana ia sebagai penanda aras ketaatan dan pengabdian kita kepada Allah dan ia juga termasuk dalam rukun Islam yang lima.
Janganlah kita sewenang-wenangnya mengabaikan tuntutan ini, kecuali menghadapi saat-saat darurat yang membolehkan kita meninggalkannya, sebagaimana yang pernah dilakukan Baginda s.a.w. dan para sahabat di Madinah.
Ketika itu, berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Maka demi untuk menjaga keselamatan, mereka terpaksa menunda solat asar hingga masuk waktu maghrib.
Rasulullah menunda solat asar dengan tujuan utama, menjaga keselamatan, itu dibolehkan. Tetapi lihat sahaja kini, ramai yang memberi alasan mudah untuk menunda dan meninggalkan solat asar hanya kerana terperangkap dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Seeloknya sebelum pulang dirikanlah solat asar dahulu, supaya tidak terlepas solat asar, dan perjalanan kita mendapat keberkatan. Itu yang sebaik-baiknya dilakukan.
Akan tetapi sekiranya terperangkap juga dalam kesesakan lalu lintas walau telah keluar awal sebelum masuk waktu sehingga menyukarkan untuk solat, sedangkan waktu solat asar sudah hampir tamat, maka Islam memberikan sedikit kelonggaran iaitu dengan melakukan solat menghormati waktu. Sekalipun anda sedang memandu kenderaan maka solatlah sekadar yang mampu meskipun tidak mempunyai wuduk. Itu lebih baik dari anda langsung meninggalkannya.
Tidak perlu berdiri, cukup hanya niat solat menghormati waktu. Laksanakan rukun yang wajib dari sudut bacaan mahupun perbuatan. Jika ingin rukuk, hanya tundukkan sedikit kepala dan jika mahu sujud pula rendahkan kepala lebih sedikit dari rukuk.
Dan kemudian sesampainya di rumah atau tempat yang sesuai untuk solat maka qada’ lah solat asar tadi dengan sempurna sekira sudah habis waktu. Tetapi jika masih dalam waktu asar maka laksanakan solat asar seperti biasa.
Keringanan ini juga membuktikan bahawa solat bukanlah amalan remeh yang boleh ditinggalkan sesuka hati mahupun ketika darurat. Ia amalan yang tersangat-sangat wajib didirikan oleh semua umat yang mengaku Islam.
Selain itu Baginda s.a.w. turut menegah mendirikan solat selepas asar sebagaimana hadis riwayat Abu Hurairah r.a. katanya,
“Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang solat sesudah solat asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat subuh hingga matahari terbit.” (HR Muslim)
Maka sesiapa yang melakukan solat selepas asar ia dihukumkan haram oleh sebilangan besar ulama. Wallahu a’lam Utv
Hilang harta dan keluarga kerana tinggalkan solat asar
Baca Artikel Menarik:
- Scha Alyahya dipuji ‘stunning’ di Venice Film Festival
- Mizz Nina dan Essam diraikan dalam sebuah majlis resepsi di KL
- Nassuruddin saman dua Adun, ketua Umno Kelantan
- Reen Rahim ‘mengamuk’ kerana Sweet Qismina kena kecam
- Isteri potong kemaluan suami, ini pula yang terjadi
- Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis
- Zarina Anjoulie beri amaran jangan dekati Datuk Khazrul
- Pas pernah pertahankan Zahid, malah Anwar pun
- Orang tahu ke saya bertaubat setiap malam? – Zainal Abidin
- Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
- Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa
- Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
- Hadi hanya jawab lima daripada 24 soalan
- Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.