Diam, ada ‘orang besar’ tepi rumah

Diam, ada ‘orang besar’ tepi rumah

Gua Musang: Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran dan merosakkan tanaman di kawasan rumah mereka di Felda Perasu di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian 1 pagi itu, Sukri Solanuddin, 36, bersama isteri, Azura Mat Hassan, 36, dan empat anak mereka baru pulang dari menyaksikan sambutan ambang Merdeka di bandar ini.



Menceritakan kembali detik cemas itu, Sukri berkata, pada mulanya dia terdengar bunyi bising di tepi rumahnya dan menyangka lembu cuba masuk ke kawasan kebun.

“Apabila menyuluh ke arah bunyi terbabit, saya terkejut mendapati ia seekor gajah. Saya lari masuk ke rumah memberitahu isteri ada ‘orang besar’ di tepi rumah dan meminta mereka mendiamkan diri.

“Selama 20 minit kami berada di dalam rumah sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di Felda Perasu di sini.

Katanya, haiwan liar terbabit merosakkan tanaman seperti pisang, kelapa dan betik yang ditanam mereka di tepi rumah yang jaraknya hanya dua meter.



Bagi Mat Yunus Majid, 67, pula, serangan gajah terbabit juga menyebabkan hampir 100 pokok kelapa miliknya musnah.

Katanya, kemunculan gajah di kawasan terbabit sudah berlarutan sejak lebih tiga tahun namun sebelum ini haiwan liar itu tidak pernah masuk ke penempatan penduduk.

“Kami berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan membantu menghalau haiwan liar berkenaan supaya keselamatan kami terjamin serta tidak menanggung kerugian akibat kerosakan tanaman,” katanya. HM

Diam, ada ‘orang besar’ tepi rumah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker