4 Menteri Besar PAS mengadap Mahathir

Abdul Hadi (dua dari kiri), Sanusi (kiri), Ahmad Samsuri (tiga dari kanan), Nassuruddin (dua dari kanan) dan Shukri dalam pertemuan dengan Dr Mahathir – Foto FB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Empat menteri besar negeri pentadbiran Perikatan Nasional (PN), Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Turut serta ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar berkenaan ialah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu); Datuk Nassuruddin Daud (Kelantan); Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis).

Ahmad Samsuri dalam hantaran di Facebook berkata pertemuan diadakan antara pimpinan empat negeri PN dan pimpinan tertinggi PAS bersama Dr Mahathir bagi membincangkan beberapa perkara.

“Insya-Allah empat negeri berkenaan akan memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan meningkatkan tahap sosio ekonomi, peningkatan hasil negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Nasihat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai negarawan akan kami tekuni dan laksanakan dengan segera,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker