Zahid dakwa ‘faham’ jelas signal rakyat dalam PRN yang lalu
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan memahami serta menerima isyarat yang dihantar rakyat dalam enam pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu.
Menurut Presiden Umno itu isyarat yang diberikan rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan untuk memperbetulkan ‘kesilapan lalu’.
Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak menghuraikan lebih lanjut kesilapan yang dimaksudkannya.
“Kita mahu betulkan setiap kesilapan yang lalu kerana mungkin ada rasa tak puas hati atau terkilan ataupun mungkin jauh hati. Ya, itu hal yang lalu.
“Tetapi kami telah dapat mesej yang jelas, kami telah dapat signal yang jelas, kita lupakanlah cerita dua, tiga minggu lalu, yang kita nak hadapi ini ialah 9 haribulan (Sept) ini.
“Insya-Allah signal ini kami fahami, Insya-Allah signal ini kami akan terjemahkan dalam bentuk tindakan di mana kerajaan negeri dan kerajaan Pusat telah dapat mesej itu, telah dapat signal itu dan Insya-Allah perubahan-perubahan pasti akan dilakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sentuhan Kasih Desa di Sungai Abong di Muar, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh mengakui bahawa era di mana kerajaan berasa sentiasa “betul dan tahu semua” telah berlalu.
“Kami harus melihat mana-mana sistem yang kurang betul, insya-Allah kami berjanji akan betulkan.
“Mana-mana yang kami rasakan dulu kami tahu semua, bagi maklum balas kami abaikan, kami harus memperakukan bahawa anak-anak muda telah memberikan signal yang betul, maka kita ambil maklum balas itu,” katanya.
Pada enam PRN lalu, gabungan itu tewas teruk di tiga negeri yang lain iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Meskipun BN-PH dapat mempertahankan tiga negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, namun PN berjaya menambahkan beberapa kerusi di negeri-negeri berkenaan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi berkenaan, iaitu Allahyarham Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.