Video buli di Ranau tular , polis adakan siasatan [VIDEO]

Tangkap layar video tular di media sosial yang menunjukkan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di Ranau, Sabah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat video tular di media sosial hari ini berhubung satu kejadian buli pelajar yang didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di Ranau, Sabah.

Ketua Polis Ranau, Simiun Lomudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada 3.26 petang tadi.

“Kita maklum perkara berkenaan dan setakat ini kes di peringkat siasatan terperinci.”

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.



Simiun berkata, pihak polis juga menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat di IPD Ranau bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 5 minit 33 saat di media sosial yang menunjukkan tindakan beberapa pelajar menendang, menumbuk dan menampar beberapa pelajar lain.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan buli berkenaan dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker