“Tolong saya…” itu kata-kata terakhir juruterbang pesawat sebelumjuruterbang pesawat

“Mayday! Mayday! Mayday! We are going down”.

Isyarat kecemasan yang membawa maksud “Tolong Saya” ini mungkin kata-kata terakhir juruterbang pesawat RAF B24 Liberator KL654 yang berlepas dari Kepulauan Cocos, Australia untuk misi pembekalan semula sebelum terhempas di sebuah hutan terpencil di Negeri Sembilan, ketika Perang Dunia Kedua, pada 23 Ogos 1945.

Dilaporkan nahas itu turut mengorbankan semua lapan kru di dalam pesawat berkenaan.



Pencarian bertahun-tahun pesawat pengebom milik tentera British itu akhirnya membuahkan hasil apabila bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996.

Penemuan itu seterusnya membawa kepada persemadian tulang kesemua mangsa di Tanah Perkuburan Tentera Komanwel Cheras, Kuala Lumpur, pada 18 Oktober 2012, hampir 70 tahun selepas kematian mereka, dengan disaksikan waris dan ahli keluarga kru terlibat.

Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)
Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)
Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)
Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)

 

Kajian ambil masa



Kisah penemuan pesawat pengebom itu adalah antara sebahagian daripada hasil kajian serta penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji sejarah termasuk Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG) yang aktif sejak awal 1990-an.

Ia bertujuan mengesan tinggalan bangkai pesawat yang dipercayai terhempas di negara ini ketika era Perang Dunia Kedua.

Menurut Pengerusi MHG Shaharom Ahmad, persatuan itu yang didaftarkan pada tahun 2020, mengambil pendekatan mengetengahkan kajian berdasarkan peristiwa perang lampau agar masyarakat terutamanya generasi muda hari ini dapat memahami sejarah tanah air terutamanya sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“MHG menjalankan kajian dan penyelidikan tapak sejarah ketenteraan, merekod dan memelihara tapak sejarah ketenteraan di Malaysia amnya.



Sekitar 1990, kami mula menyiasat dan mengkaji kisah sejarah Perang Dunia Kedua sehingga menemukan pesawat tentera yang terhempas di dalam hutan ketika itu.

“Selain penemuan pesawat B-24, MHG turut terbabit dalam mengesan kapal terbang peninjau Tentera Udara Diraja British (RAF) jenis Dakota KN 630, berpangkalan di Changi, Singapura yang terhempas pada 25 Ogos 1950,” katanya.

Beliau berkata, kapal terbang tersebut yang membawa 12 orang kru dan penumpang dipercayai terhempas akibat cuaca buruk serta kerosakan teknikal di tengah-tengah kawasan hutan tebal di Gua Musang (Kelantan), berhampiran Banjaran Titiwangsa.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke pangkalan setelah selesai melaksanakan misi menggugurkan ‘smoke marker’ di kawasan berhampiran Kampung Jendera, Ulu Kelantan, bagi membantu misi pengeboman ke atas lokasi kedudukan komunis semasa era darurat.



Sekitar November 2008, rangka mangsa yang terkorban dalam nahas itu berjaya dikeluarkan meskipun kapal terbang terbabit berada di lokasi hutan dan bergunung-ganang.

“Bagi melaksanakan misi mencari dan mengesan bangkai pesawat tentera, MHG akan menjalankan kajian dan penyelidikan menyeluruh dengan mendapatkan maklumat berhubung kewujudan pesawat serta lokasinya daripada orang awam dan juga waris mangsa.

“Proses ini sebenarnya akan memakan masa lama sehingga berbelas tahun untuk satu-satu kajian itu.

Walaupun, ia satu cabaran yang berat untuk kami namun dengan bantuan dan kerjasama pelbagai agensi seperti kerajaan negeri, pihak muzium, kedutaan dan penyelidik dari luar negara, kita berjaya mengesan pesawat ini,” katanya.



Beliau berkata, selain pesawat terbabit, kemungkinan ada beberapa lagi bangkai pesawat yang bukan sahaja milik British bahkan negara lain termasuk Australia, Amerika Syarikat dan Jepun yang dipercayai berada di beberapa lokasi seluruh negara.

 

Bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996. Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)
Bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996. Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)

 

 



Bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996. Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)
Bangkai pesawat dan cebisan tulang kru akhirnya ditemui di Gunung Telapak Buruk yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan sekitar Disember 1996. Foto Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHG)

 

Pemuliharaan tinggalan sejarah

Menurut Shaharom, selain menumpukan misi pencarian pesawat tentera era Perang Dunia Kedua, MHG yang mempunyai tujuh orang ahli itu turut merekod artifak serta kubu ketenteraan bagi memulihara tinggalan sejarah itu.

Antaranya, sebuah kubu perlindungan yang dipercayai dibina sekitar 1941 yang ditemui di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, Perak.

Kubu berkenaan dipercayai bertujuan membolehkan tentera British berlindung daripada serangan udara sewaktu pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Selain itu, persatuan itu turut mengenal pasti tapak pertempuran Perang Dunia Kedua antara tentera British dan Jepun di kawasan seluas 6.47 hektar di Kampar, Perak.

“Sejak tahun 1995 sehingga kini, MHG berjaya mengesan beberapa tapak pertempuran di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Perang Dunia Kedua.

“Jadi, kita mengambil langkah memasang papan tanda yang mempunyai maklumat berkaitan sejarah perang itu di lokasi berkenaan supaya nilai sejarah itu tidak dibiarkan begitu sahaja” katanya, menambah MHG turut berhasrat membantu mempertahankan dan menjaga tapak sejarah negara untuk dihayati dan dihargai generasi akan datang.

Beliau berkata, MHG turut memohon pihak berwajib untuk menggazetkan kawasan bersejarah terbabit sebagai tapak warisan dan pelancongan yang akan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelbagai peristiwa penting sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Ambil tahu sejarah negara

Sewaktu sesi turun padang, sudah menjadi ‘trademark’ MHG untuk berpakaian lengkap seragam tentera seperti waktu era Perang Dunia Kedua bagi tujuan menarik minat masyarakat terutamanya generasi muda mendalami sejarah negara.

Menurut Shaharom, inisiatif yang dilakukan persatuan itu mempunyai impak dalam mendorong masyarakat untuk sama-sama menelusuri kisah perjuangan serta pahit getir kehidupan orang terdahulu yang hidup ketika zaman perang.

“Sesetengah masyarakat terutama generasi hari ini kurang berminat dengan sejarah dan sebagai pengkaji sejarah negara, MHG bertanggungjawab untuk menyemai dan menanam minat masyarakat terhadap subjek Sejarah.

“Pakaian perang yang dipakai akan memberikan pendedahan yang berguna secara dekat kepada masyarakat kerana boleh melihat sendiri pakaian seperti Leftenan Adnan bersama Rejimen Askar Melayu sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

“Jika sebelum ini pakaian seragam itu kebanyakannya hanya boleh dilihat melalui gambar atau buku sejarah, tetapi apabila kami memilih untuk memakai sebegini, ia boleh membantu masyarakat belajar dan mengenal pakaian seragam yang digunakan pasukan tentera pada waktu itu,” katanya.

Selain mengkaji sejarah, MHG turut aktif mengadakan pameran berkaitan sejarah negara termasuk di sekolah, kolej dan universiti seluruh negara.

Shaharom berkata, pihaknya mengambil pendekatan demikian bagi memastikan orang ramai diberi pendedahan secara meluas berhubung era penjajahan dan peperangan yang membawa kepada pembentukan negara.

“Kisah sejarah perjuangan askar Melayu yang berjuang mempertahankan penduduk dan tanah air perlu dikongsi bersama masyarakat supaya mereka sedar tentang pentingnya kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

“Kami turut berhasrat untuk berkongsi kisah sejarah negara kepada umum menerusi platform media sosial.

“Peristiwa sejarah perlu diambil iktibar dan dijadikan panduan. Konsep penyatupaduan dalam kalangan rakyat negara ini perlu sentiasa diperkukuhkan supaya negara tidak lagi diganggu anasir luar dan dijajah kembali,” katanya. – BERNAMA

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker