Penunggang motosikal maut kemalangan lima kenderaan

Gambar Hiasan

Seorang penunggang motosikal maut digilis manakala rakannya patah tulang pinggang dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dan tiga kereta di KM207 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian kira-kira 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa, M Kumaresan, 29, yang merupakan juruteknik kilang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan perut.

“Dipercayai mangsa (Kumaresan) yang menunggang motosikal Kawasaki KR150 bersama rakannya berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku perlanggaran sesama sendiri antara kedua-dua motosikal terbabit yang menyebabkan mangsa jatuh di lorong tengah,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, kejadian menyebabkan sebuah kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 29 tahun yang berada di lorong tengah terus mengelak ke lorong kanan dan kemudian dilanggar Toyota Alphard.

Katanya, sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger pula telah melanggar satu daripada motosikal terbabit di lorong kanan dan menyebabkan tayar sebelah kiri hadapan dan belakang kenderaan itu bocor.

Menurut Arshad, pihaknya sedang mengenal pasti kenderaan yang menggilis Kumaresan dan mayatnya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, rakan Kumaresan pula dirawat di Hospital Melaka dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker