Tahfiz Tutup adalah fitnah besar politik, datangkan bukti – PITAS
Isu penutupan lebih 200 pusat tahfiz oleh pihak tertentu adalah fitnah dan tidak bersandarkan fakta serta bukti yang kukuh.
Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), Muhd. Hafiz Haneefa berkata, kenyataan dikeluarkan pihak tidak bertanggunjawab itu sepatutnya disertakan dokumen yang lengkap.
Ini katanya, agar tidak menjadi pertikaian antara pihak berkuasa agama dan umat Islam sehingga kini.
“Itu adalah satu fitnah dan memang tidak benar sama sekali. Beritahu saya, (mana) fakta dan sekolah yang mendapat surat arahan penutupan.
“Perkara ini saya sahkan sendiri dengan Pengerusi Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) dengan mereka juga terkejut dari mana datang kenyataan tersebut.Tidak tahu dari mana, tiada siapa yang dapat sahkan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup secara tidak langsung merisaukan ibu bapa.
Titah baginda, ini juga boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.
Justeru, Sultan Sharafuddin bertitah supaya pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang menyebarkan dakwaan tersebut.
Mengulas lanjut, Muhd. Hafiz menjelaskan proses pemutihan pusat tahfiz sedang berjalan sejak tahun 2017 hingga kini.
“Perkembangan terbaharu adalah 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah bersetuju dengan satu garis panduan di bawah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) untuk pelaksanaan proses pemutihan yang lebih membantu pusat tahfiz dan sekolah agama,” tegasnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera