Restoran tawar gaji pekerja RM11,000 sebulan

Sebuah restoran makanan Korea di Singapura menggamit perhatian susulan iklan kekosongan jawatan sebagai pekerja yang menawarkan gaji bulanan bermula dari SGD$2,750  (RM9,449) hingga SGD$3,300 (RM11,339), lapor laman berita NDTV semalam.

Selain gaji amat berpatutan, restoran dinamakan Ajumma itu turut menawarkan insentif lain.

Pekerja separuh masa ditawarkan gaji sebanyak SGD$10(RM34)  hingga SGD$15(RM51) sejam, manakala pekerja tetap dibayar gaji SGD$2,750 hingga SGD$3,300 sebulan.

Pekerja juga akan menerima pelbagai manfaat lain termasuk elaun, kenaikan gaji tahunan, cuti, faedah perubatan dan kesihatan, bonus dua kali setahun, perlindungan insurans serta tajaan melanjutkan kursus pekerja.

Iklan kekosongan jawatan restoran Ajumma menjadi perhatian netizen. – Twitter

Iklan kerja itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ada  berpendapat bahawa gaji yang ditawarkan  lebih tinggi daripada pekerjaan dalam sektor korporat.

Sebilangan lagi netizen berkata,  kos sara hidup  tinggi di Singapura menyebabkan gaji ditawarkan itu berpatutan.

“Inilah contoh majikan yang bagus dan mengamgbil berat pekerja,” kata seorang pengguna media sosial.

“Gaji ini  lebih tinggi daripada bekerja dalam sektor korporat,” kata netizen  lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker