Video palsu ‘gelombang hijau’ bakal tular dengan berleluasa

Video palsu ‘gelombang hijau’ bakal tular dengan berleluasa

MUAR: Menjelang saat-saat akhir Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, akan lebih banyak video palsu bakal ditularkan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman mendakwa, penyokong kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor semakin ghairah menipu rakyat sehingga sanggup membuat suntingan klip video majlis lain, semata-mata mahu menggambarkan sokongan rakyat terhadap idola mereka.



Bagaimanapun, ujarnya, video yang ditularkan itu adalah rakaman majlis munajat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala audionya dipercayai daripada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, penularan sedemikian adalah untuk menipu rakyat bagi memberi gambaran kononnya gelombang hijau telahpun menembusi Johor.

“Bila terdesak untuk menang, video majlis munajat di Dataran Merdeka pun mereka sanggup sunting untuk dikatakan orang sambut kedatangan Muhammad Sanusi.

“Rakyat Johor perlu bijak dan pastikan turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada 9 September nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Tambah Lokman, pengundi di kedua-dua PRK harus menunjukan bahawa rakyat Johor menolak politik perkauman sempit dan menunggang agama. Utusan

Video palsu ‘gelombang hijau’ bakal tular dengan berleluasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker