Naib Presiden MCA kata Ketua Pemuda Umno ‘tak beradab’
Naib Presiden MCA Ti Lian Ker menyifatkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh “tidak beradab” ketika mempertahankan keputusan kerajaan memperkenal “Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi” bagi pelajar Islam di sekolah.
Ti berkata, Akmal sepatutnya mengamalkan kerendahan budi dan menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan ibu bapa, pemimpin agama, dan NGO mendapatkan penjelasan berhubung modul itu.
“Kebebasan bersuara dan berekspresi adalah hak asas semua warganegara di bawah Perkara 10 Perlembagaan, dan hak semua untuk bertanya, mempersoal atau berbahas berhubung cadangan dasar atau pelaksanaannya yang mesti dihormati,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, hak asas itu tidak boleh diceroboh, dihalang mahupun ditekan oleh mana-mana ahli politik atau parti menggunakan agama, kaum atau budaya.
Beliau mengulas berkait kenyataan Akmal dalam video disiarkan dalam talian, semalam, yang menyatakan “Jika ada yang mempertikaikan, tidak kira kawan mahu pun lawan, berhadapanlah dengan Pemuda Umno dahulu”.
Ti berkata, kenyataan Akmal kedengaran “kasar” dan “kurang beradab”, sambil menambah sikap seumpama itu mencalarkan imej Umno dan Barisan Nasional “di mata dan minda yang adil rakyat Malaysia daripada semua kaum”.
Katanya, sedangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendengar kebimbangan disuarakan Presiden MCA Wee Ka Siong terhadap modul itu dan berusaha untuk memahamkan masyarakat, berbanding “memaksa” cadangan tersebut dengan sikap “antagonis, tidak hormat, dan angkuh”.
Terdahulu, Wee berkata wujud kekeliruan berhubung isu itu disebabkan penggunaan perkataan “diperluaskan” ketika perkara itu diumumkan.
Memetik Utusan Malaysia, penggunaan ayat itu telah mengundang tanda tanya adakah pelaksanaan modul akan melibatkan semua murid dan pelajar tanpa mengira latar belakang.
Katanya, “projek perintis” digunakan sebelum ini sebelum ditukar kepada “diperluaskan”.
Pada Jumaat, Anwar menjelaskan kerajaan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET