MB Johor maklumkan Suhaizan calon Kerajaan Perpaduan banyak berjasa pada Johor

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, sebagai individu yang banyak berjasa di Johor.

Ini kerana jelasnya, Suhaizan merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sewaktu tiga Menteri Besar sebelum ini bermula pada 2018 sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.

“Pagi ini, saya bersama Suhaizan yang merupakan calon daripada Kerajaan Perpaduan, Suhaizan yang banyak berjasa kepada Kerajaan Johor sebagai Speaker DUN.



“Bekas pensyarah ini juga mempunyai prestasi yang sangat baik dalam membantu rakyat terutama di kawasan Pulai. Saya yakin, Suhaizan akan dapat meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balairaya Kampung Sungai Danga, di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Ditanya mengenai sokongan ahli BN kepada Suhaizan, Onn Hafiz menjelaskan perkara tersebut dalam momentum yang baik.



“Alhamdulillah setakat ini sokongan ahli-ahli BN dalam keadaan yang baik dan mereka memahami perlunya kestabilan untuk negara dan juga negeri Johor,” ujarnya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam

Sementara itu, Suhaizan menzahirkan penghargaan kepada Onn Hafiz yang turun padang membantu jentera khususnya dalam memberikan penjelasan mengenai sokongan kepada calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Penjelasan diberikan itu pada saya diterima dengan baik akar umbi BN sekali gus menepis pandangan bahawa tidak perlunya usaha membantu calon daripada parti lain selain daripada BN,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker