Kereta berundur rempuh medan selera

MELAKA TENGAH – Lebih 10 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba mengundur dan merempuh medan selera itu ketika mereka sedang menjamu selera, pada Sabtu.

Dalam kejadian pukul 2.43 petang itu, kesemua mangsa, bagaimanapun, sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza itu dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja itu diminta ibunya untuk memanaskan enjin ketika sedang memanaskan enjin, remaja terbabit telah tertekan pedal minyak dan mengubah gear kepada butang R menyebabkan ia mengundur secara mengejut.

“Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta di parkir bersebelahannya dan merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan, di sini, hari ini.

Terdahulu, insiden itu tular melalui klip video yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) gerai medan selera terbabit yang didapati melibatkan sekurang-kurangnya 11 pelanggan termasuk seorang bayi.

Mengulas lanjut, ujar Christopher, setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan jumlah pelanggan yang terlibat dengan kejadian itu termasuk mengenal pasti jumlah mereka yang cedera.

“Mungkin ada yang tercedera, tetapi belum datang buat laporan dan tiada buat rawatan di hospital, jadi kami tidak dapat sahkan berapa yang cedera.

“Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau. – Awani

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker