Hadi dakwa ‘Lembaga Pengampunan’ tidak berhak beri pengampunan

PAS mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan apa yang diajarkan Islam.

Presidennya, Abdul Hadi Awang, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampunan.

Katanya undang-undang Islam dilaksanakan untuk mendidik bukan menyeksa.



Justeru menurut bekas duta khas bertaraf menteri itu lagi, PAS mahu peruntukan undang-undang yang ada sekarang ditukar kepada peraturan Islam.

“Termasuk (mengenai) pengampunan. Kes jenayah dalam Islam, yang berhak mengampun adalah mangsa jenayah. Kalau dia mati, (melibatkan) kes bunuh, adik beradik dia, ibu bapa dia atau wali dia yang berhak mengampun, bukan lembaga pengampunan.

“Lembaga pengampunan ini ialah Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri, peguam negara,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana PN Johor di Markas PAS Kawasan Bakri, di Muar malam tadi.

Katanya selain itu PAS juga mahu waris atau mangsa sesuatu perbuatan jenayah diberikan pampasan.



Namun, dakwa Abdul Hadi langkah tersebut mendapat tentangan pihak lawan PAS, khususnya DAP dan Amanah dan “sebahagian Umno.”

“DAP menentang, tak setuju. Amanah juga sokong DAP. Ini yang tuan puan nak mengundi ini, sokong DAP… termasuk sebahagian Umno.

“Kita siasat-siasat mengapa (DAP tak setuju) rupanya, kalau undang-undang Islam diamalkan orang bukan Islam pilih undang-undang Islam.

“Orang bukan Islam akan terpengaruh dengan undang-undang Islam,” dakwanya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker