Jangan risau lihat pesawat TUDM terbang rendah esok

TUDM mengetuai segmen dan persembahan udara membabitkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter. (Gambar Bernama)

 

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memulakan latihan penerbangan taktikal secara rendah bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan bermula esok hingga 31 Ogos ini.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan itu telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara yang melibatkan pesawat milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.



“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM serta pasukan keselamatan lain terbang rendah di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker