Buat tarian separa bogel, premis disita DBKL
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil tindakan terhadap kes tarian separa bogel di hadapan sebuah premis di Jalan Bukit Bintang yang tular di media sosial baru-baru ini.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, siasatan dan pemantauan yang dijalankan mendapati premis tersebut mempunyai lesen komposit bagi menjalankan aktiviti pasar raya.
Bagaimanapun menurutnya, premis tersebut telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing daripada Bangladesh dan Iran yang tidak mempunyai permit kerja sah.
“Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.
“Selain itu, satu notis kompaun turut dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta-merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara.
Baru-baru ini tular video berdurasi satu minit lima saat memaparkan beberapa wanita yang berpakaian mencolok mata sedang membuat tarian di kawasan terbuka di hadapan premis berkenaan.
DBKL memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada 5 Julai lalu sewaktu menyambut ulang tahun premis tersebut.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan
You must be logged in to post a comment.