Terusan Panama sesak susulan kemarau, 126 kapal kargo tersekat

Pemandangan udara kapal kargo menunggu di pintu masuk Terusan Panama di Teluk Panama. Foto AFP

MEXICO CITY – Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan sembilan hingga 11 hari susulan gangguan akibat kemarau berpanjangan.

Pengendali terusan itu mengehadkan laluan kapal ekoran paras air surut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Di kedua-dua belah laluan utama perkapalan itu, 126 kapal kargo menunggu untuk dibenarkan masuk, menyebabkan tunggakan kira-kira 40 peratus lebih berbanding keadaan biasa.

Menurut statistik ACP, masa transit pada Jun kira-kira dua setengah hari dan meningkat kepada lima hari pada Julai. Kini, beberapa kapal kargo mungkin terpaksa menunggu sehingga 18 hari untuk melaluinya.

Terusan Panama adalah laluan air paling penting di dunia yang menghubungkan lautan Atlantik dan Pasifik dengan merentasi Amerika Tengah.

Terusan sepanjang kira-kira 80 kilometer itu bermula di Colon di utara dan berakhir berhampiran Panama City di selatan.

Kira-kira 14,000 kapal menggunakan Terusan Panama setiap tahun yang menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.

Laluan air itu mempunyai tiga sistem kunci dengan kapal dinaikkan ke paras Tasik Gatun, takungan buatan besar 28 meter di atas paras laut dan kemudian diturunkan semula.

Jika berlaku kekurangan hujan di rantau ini dan suhu meningkat, menyebabkan paras air Tasik Gatun surut, sekali gus menjejaskan pergerakan kapal. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker