‘Teguran PM soal bantuan kerajaan, tepat sekali’ – Anthony Loke

SEREMBAN – Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat tidak menggunakan nama dan lambang parti politik perlu diikuti semua pihak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana peruntukan berkenaan adalah daripada kerajaan dan bukannya daripada mana-mana individu atau parti.

“Teguran daripada Perdana Menteri itu memang tepat sekali dan semua pihak perlu patuhi. Ia kepada semua parti, ahli Parlimen dan menteri.



“Jadi peruntukan kerajaan sepatutnya hanya perlu ada satu lambang saja iaitu Jata Negara,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyerahkan cek peruntukan Projek Mesra Rakyat(PMR) bernilai RM324, 668.67 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad di sini pada Sabtu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Seremban berkata, sejak dahulu lagi beliau hanya meletakkan logo Jata Negara pada replika cek yang disalurkannya kepada mana-mana pihak sekiranya ia peruntukan di bawah Parlimennya.

Malah katanya, beliau juga tidak meletakkan namanya di replika cek tersebut sebaliknya hanya ditulis dari Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Seremban.

“Pusat khidmat itu juga bukannya Pusat Khidmat Anthony Loke Siew Fook tetapi Ahli Parlimen. Jadi Ahli Parlimen itu hanya satu institusi,” katanya.



Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina di Perak.

Laporan akhbar itu kemudian tular selepas replika cek yang serahkan kepada sekolah berkenaan terdapat logo parti DAP yang diletakkan di sebelah Jata Negara.

Sementara itu, berkenaan peruntukan diberi kepada sekolah terbabit, Anthony Loke berkata, ia bagi membina sebuah dewan terbuka berbumbung untuk kegunaan para pelajar memandangkan sekolah berkenaan tiada kemudahan dewan dan juga padang.

Tambahnya, setakat ini, di Parlimen Seremban pihaknya telah meluluskan 28 projek di bawah PMR yang melibatkan peruntukan RM1.5 juta.



“Kebanyakannya untuk projek menambah baik kemudahan dan penyelenggaraan di sekolah.

“Saya beri keutamaan kepada sekolah kerana bagi saya sekolah adalah tempat paling penting untuk membina modal insan yang merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk negara,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga memahami yang Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mampu menjaga semua sekolah dan menjadi peranan setiap ahli Parlimen untuk sama-sama membantu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker