Pura-pura minta bungkus, lari tidak bayar makanan RM27

PETALING JAYA – Pura-pura minta bungkus lebihan makanan yang telah dimakan, sebelum bertindak melarikan diri kerana enggan membayar harga makanan tersebut.

Itu tindakan kurang ajar seorang pelanggan yang melarikan diri selepas makan di sebuah premis di Kota Bharu, Kelantan seperti diceritakan pemilik kedai makan tersebut.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, wanita yang juga pemilik kedai makan itu menceritakan, harga makanan dan minuman dipesan pelanggan tersebut berjumlah RM27.



“Dia datang makan dan lepas tu, dia tak bayar, dia lari. Dia buat-buat nak bungkus makanan. Tahu tak macam mana, spageti tinggal empat urat, lala tinggal ‘sebiji’ yang tak terbuka. Memang tak boleh makan pun lala tu.

“Mari kak bungkus (pelanggan panggil). Lepas tu lari. Jahatlah, sakit hati,” kata wanita itu yang dikenali sebagai Kak Ji bercerita menggunakan dialek Kelantan.

Seorang lelaki dalam video itu pula berkata, pelanggan tersebut sepatutnya memaklumkan kepada pemilik kedai jika benar-benar terdesak dan tidak perlu melarikan diri.

“Tak baik buat begitu, jangan buat. Kalau tak ada duit, bagi tahu saja.



“Kalau nak berhutang dulu, bagi tahu. Insya-Allah tuan kedai Kak Ji ni baik hati. Kalau orang buat begitu, siapa tak marah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker