Pak Long ‘bakar’ semangat Pemuda UMNO, ‘perlu berani jika mahu UMNO bangkit semula’

Ismail Sabri Yaakob melahirkan kepercayaannya terhadap keberanian kepimpinan Pemuda Umno hari ini untuk membawa parti itu bangkit semula.

Bekas naib presiden Umno itu berkata sayap itu sejak sekian lama terkenal dengan sifat berani dan tidak takut menyatakan pendirian atas kepentingan parti serta rakyat.

“Pemuda juga mempunyai tanggungjawab berat untuk memastikan idealisme Umno tidak tercemar dan sentiasa diminati anak muda.



“Saya percaya dengan keberanian kepemimpinan Pemuda hari ini mampu untuk membawa parti bangkit kembali,” katanya di Facebook sempena ulang tahun ke-74 sayap Umno itu.

Ismail yang juga bekas perdana menteri turut mengimbas perjalanan politiknya bermula di Pemuda hingga memimpin Putrajaya.

“Pemuda Umno mengajar tentang idealisme dan membina jati diri untuk melangkah satu demi satu anak tangga sehingga ke puncak tertinggi, menerajui pentadbiran negara,” katanya yang turut menyertakan gambar barisan pemimpin Pemuda Umno diketuai Dr Akmal Saleh dalam hantaran itu.

Pada 17 Ogos lalu, Akmal memberitahu kepimpinan parti agar “membuat perubahan” atau berisiko “dikuburkan”, berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN 12 Ogos lalu.



Pada pilihan raya itu, Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi ditandingi, 14 di Negeri Sembilan, masing-masing dua kerusi di Selangor dan Pulau Pinang, hanya satu kerusi di Kelantan, tetapi gagal menang sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.

Pada PRU15, Umno bawah pimpinan Zahid Hamidi juga kalah teruk apabila hanya mampu menang 26 kerusi Parlimen.

Susulan itu timbul desakan supaya Zahid meletak jawatan presiden antaranya oleh bekas ketua Umno Terengganu Idris Jusoh.

Ismail pula menegaskan kekalahan parti itu menunjukkan kebencian dan kemarahan pengundi Melayu kepada Umno “bertambah marak seperti api membakar jerami”, termasuk dalam kalangan penyokong dan ahli parti.



Justeru, beliau menyeru pucuk pimpinan parti mendengar desakan akar umbi, termasuk melepaskan jawatan bagi memulihkan Umno susulan kekalahan teruk itu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker