MCA puas hati penjelasan PM isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi
MCA puas hati penjelasan PM isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi
Kaedah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah perlu diperjelaskan lebih awal supaya tidak terdedah kepada penafsiran yang pelbagai sehingga menimbulkan pelbagai pertikaian khususnya dalam kalangan bukan Islam.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pertikaian timbul susulan perkataan ‘rintis’ bagi pelaksanaan modul itu seperti yang dilaporkan beberapa media yang membawa konotasi bahawa ia akan diperluaskan kepada sekolah yang selain dari sekolah agama.
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, penjelasan perlu dibuat daripada awal memandangkan perkataan ‘rintis’ dan ‘diperluaskan’ yang diguna, membuatkan ramai masyarakat bukan Islam tidak faham kerana penjelasannya dilihat tergantung di situ saja.
Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya berpuas hati dengan penerangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor, semalam bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami modul terbabit
“Apa yang menjadi reaksi (tentangan) masyarakat ialah sebelumnya perkataan yang digunakan bagi pengenalan modul itu adalah ‘projek rintis’ yang kemudiannya akan diperluaskan kepada semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Maka sudah tentu ia akan terdedah kepada penterjemahan dan penafsiran yang berlainan.
“Saya lihat rakan media kita juga menggunakan perkataan ‘rintis’ dan ‘akan diperluaskan’ dalam laporan berita, jadi masing-masing tidak tahu apa yang dimaksud diperluaskan itu bagaimana. Adakah diperluaskan kepada pelajar dalam subjek itu sendiri atau ada silibusnya.
“Semalam Perdana Menteri ketika di Johor telah menghurai dan menerangkan apa maksud sebenar tentang modul hadis 40 Imam Nawawi itu dan semalam juga kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang ianya lebih jelas.
“Penjelasan Perdana Menteri dan kenyataan yang menjelaskan berhubungnya dikeluarkan oleh KPM hanya pada petang semalam, tetapi (sedangkan) perkara (isu) ini sudah timbul sejak beberapa hari lalu. Jadi sepatutnya ini dijelaskan lebih awal,” katanya. HM
MCA puas hati penjelasan PM isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah
Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan