Sanusi, jangan ‘loqlaq’ di Johor

Sanusi, jangan ‘loqlaq’ di Johor

Perikatan Nasional (PN) diminta menyatakan idea dan solusi mahu diketengahkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, berbanding dilihat sekadar bermain dengan persepsi ketika ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah mendakwa Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hanya cuba mempengaruhi rakyat untuk membuat ‘eksperimen’ di kawasan berkenaan.



Beliau menegaskan, Johor tidak memerlukan ‘eksperimen’ seumpama itu kerana pentadbiran selama 17 bulan bawah kerajaan negeri kini telah menyaksikan pelbagai ikhtiar dan inisiatif dilaksanakan.

“Saya agak pelik dan keliru mengapa Sanusi cuba bermain dengan persepsi sedemikian sedangkan tidak mengemukakan apa yang PN ingin bawa kepada Johor.

“Jadi, saya minta Sanusi usahlah terleka dan terlalu berbangga dengan kemenangan partinya di Kedah, Kelantan dan Terengganu tempoh hari. Jangan bawa ‘loqlaq’ anda ke Johor.

“Ini bukan masa hendak bereksperimen. Ini masa untuk Johor terus memacu agenda ‘Maju Johor’ yang digagaskan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.



Mohd Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu supaya jangan sesekali menyentuh Institusi Diraja Johor.

Beliau menekankan, Johor mempunyai cara, identiti dan politik tersendiri.

“Saya juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada Sanusi, kalau anda berada di bumi Johor, jangan sesekali berani menggunakan sentimen atau menyentuh Institusi Diraja Johor.

“Di Johor ada cara Johor. Bangsa Johor mempunyai identiti tersendiri dan politik di sini juga ada caranya yang tidak terikut dengan negeri lain. Jangan terlalu taasub bermain persepsi, tapi raikan pesta demokrasi ini dengan idea dan solusi!” katanya.



Kelmarin, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, gelombang PN yang melanda beberapa negeri ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, dijangka berulang di Johor dengan kemasukannya bermula dari Muar dan berakhir di Johor Bahru.

Muhammad Sanusi dipetik mendakwa, DUN Simpang Jeram bakal menjadi pintu masuk serta pencetus gelombang PN sebelum bertapak di Johor pada pilihan raya akan datang.

Justeru, beliau meminta pengundi di DUN berkenaan membuat eksperimen untuk memastikan gelombang itu terus kekal serta sebagai isyarat penting kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). BH

Sanusi, jangan ‘loqlaq’ di Johor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker