Buat laporan anak dilanggar lori, tapi rupanya mati akibat didera
Buat laporan anak dilanggar lori, tapi rupanya mati akibat didera
Serdang: Wanita tergamak berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan polis palsu, mendakwa anak lelakinya dilanggar lori.
Tindakan itu bagi menyembunyikan rahsia laporan perubatan yang mendapati kecederaan dialami kanak-kanak berumur lima tahun itu akibat didera.
Mangsa dipercayai sering dipukul ibu dan teman lelaki yang mempunyai tabiat suka mendera.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang merawat kanak-kanak itu pada 12.50 tengah malam, 22 Ogos lalu.
“Ketika menerima pesakit kanak-kanak itu, pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, namun tiada respons positif.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan daripada maklumat awal, dia dikatakan dilanggar lori.
“Namun, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki akibat didera, manakala keputusan bedah siasat mangsa mengesahkan terdapat kecederaan parah pada tisu lembut ekoran beberapa pukulan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anbalagan berkata, susulan itu, pihaknya menahan ibu mangsa, 44, yang juga suri rumah dan teman lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, pada 22 Ogos lalu.
“Suspek wanita didapati menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu membuat laporan polis palsu mendakwa kanak-kanak terbabit dilanggar lori bagi mengelak perbuatan mereka diketahui.
“Lori terbabit (yang didakwa melanggar mangsa) adalah kenderaan dilapor dicuri di Kajang.
“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sehingga menyebabkan kematian.
“Kejadian itu juga berpunca daripada tabiat suspek yang suka mendera anak,” katanya.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.
Katanya, mereka direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. HM
Buat laporan anak dilanggar lori, tapi rupanya mati akibat didera
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET