Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi

Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa tidak dapat mererima kenyataan usaha yang beliau buat semasa menjadi Perdana Menteri untuk menubuhkan kerajaan dengan Pas dan Bersatu tidak kesampaian.

Justeru Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas Naib Presiden UMNO itu masih dibuai dengan naratif klasik punca kemerosotan UMNO.

“Pak Mail masih teramat sayangkan (Tan Sri) Muhyiddin dan (Tan Sri Abdul) Hadi biar pun dia sendiri adalah mangsa kepada permainan politik dua pemimpin parti dalam PN itu.

“Sudahlah sepanjang jadi Perdana Menteri dia asyik kena ugut dengan Muhyiddin dan terpaksa buat perjanjian politik sulit dengan Bersatu semata-mata dia selamat di kerusi PM itu,” dakwa Nur Jazlan.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu membayangkan selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri akan menggunakan waktu yang terluang untuk membantu parti.

Ismail Sabri juga diharapkan dapat memberikan idea bernas kepada parti seperti mana UMNO banyak membantu beliau sehingga berada di puncak kuasa.

Sementara itu, Nur Jazlan turut mendakwa Ismail Sabri sebagai punca kemerosotan sokongan terhadap UMNO.

Beliau yang ketika itu adalah Perdana Menteri tidak menghiraukan kehendak dan pandangan pucuk pimpinan parti supaya membubarkan Parlimen selepas kemenangan besar UMNO pada PRN Johor.

“Masa itu pimpinan dan ahli akar umbi yakin sokongan terhadap UMNO tengah meningkat dan masa itu adalah yang terbaik untul PRU15.

“Tapi Pak Mail ketepikan pandangan orang parti sendiri dan pilih untuk tangguhkan bubar Parlimen serta beri ruang masa kepada Bersatu dan Pas untuk bersiap sedia dulu.

“Natijahnya, UMNO kalah teruk pada PRU15 dan sokongan orang Melayu semakin merudum sehingga kepada PRN baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan mengetepikan tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi punca kekalahan teruk UMNO pada PRU15 dan PRN di enam negeri.

Katanya, UMNO masih menang dengan cemerlang pada PRU Melaka dan Johor semasa Ahmad Zahid sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah.

“Jawapannya bila Pak Mail beri ruang masa kepada pembangkang untuk reka pelbagai naratif dan persepsi negatif terhadap Presiden dan UMNO sendiri, itulah yang buatkan rakyat terpengaruh dan buat U-Turn kepada PN,” kata Nur Jazlan.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, antara punca penolakan pengundi Melayu apabila mereka mentafsirkan UMNO telah menyimpang daripada idealisme perjuangan asal.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, salah satu buktinya apabila kepimpinan UMNO memusnahkan Muafakat Nasional yang menjadi harapan umat Melayu terhadap penyatuan ummah. MG

Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker