BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin
BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin
Barisan Nasional (BN) berpuas hati walaupun hanya diberi empat jawatan Exco dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pada mulanya, BN berharap dapat mengisi sekurangnya-kurangnya lima jawatan Exco.
Menurut beliau, ia adalah berdasarkan fakta bahawa BN mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertinggi setelah memenangi 14 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
“Tetapi setelah kita mengadakan perbincangan bersama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) maka kita sudah capai keputusan secara kolektif untuk meletakkan kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan sebagai keutamaan.
“Kita ambil kira dari pelbagai sudut maka kita setuju dengan pecahan Exco empat dari BN, empat dari DAP dan dua dari PKR,” katanya kepada pemberita.
ADUN Pertang itu berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Kerajaan Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.
Selain beliau, tiga lagi ADUN dari BN yang dilantik sebagai Exco ialah Datuk Ismail Lasim (Senaling), Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi) dan Mustapha Nagoor (Palong).
Dalam perkembangan berkaitan, Jalaluddin menyifatkan pelantikannya sebagai Exco Kanan yang julung-julung kali diwujudkan secara rasmi dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan sebagai pengiktirafan kepada BN.
Menurut beliau, selain memastikan portfolio yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan baik, keutamaan akan diberikan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dalam keadaan stabil.
“Kita akan memastikan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menjadi contoh bagi negeri-negeri lain,” jelasnya. MG
BN puas hati dapat 4 Exco di NS – Jalaluddin
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson patah jari kaki
- ‘Bagi balik helmet ‘fullface’ anak aku’
- Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember
- Adun Umno Melaka hadiri majlis pelancaran jentera PN
- Suami Intan Najuwa nampak muda lepas kahwin
- Dah melampau dia ni, nak saman ke tak – Che Ta tanya netizen
- Menantu Zainal Abidin dedah betapa kejamnya bekas suami
- Nad jangan jadi sombong
- Akaun bank Hamzah Zainudin dan keluarga dibekukan LHDN
- Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit
- Motivator umpan pelajar lakukan seks (Video)
- UMNO TIDAK BELA NAJIB?
- Punca Intan Najuwa tak pergi ‘honeymoon’
- Siti Elizad sebak cerita susahnya dapat zuriat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET