Kes gangguan seksual pada murid, Menteri beri amaran ‘You touch, you go’!

Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi amaran pendidik atau kakitangannya yang terbabit dengan kesalahan gangguan seksual terhadap murid akan dipecat selain didakwa.

Menegaskan perkara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) komited menyediakan sekolah sebagai tempat paling selamat selepas rumah terutama daripada gangguan seksual yang boleh menghancurkan masa depan seseorang murid.

“You touch, you go (kamu sentuh, kamu pergi),” katanya berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual.

Fadhlina berkata isu gangguan sememangnya dekat dengan KPM, malah beliau sendiri pernah bertemu dengan mangsa yang turut membabitkan murid di institut agama.



“Bila saya tanya mengapa tak laporkan, mereka jawab ustaz cakap kalau bagitahu orang lain ilmu tak berkat…kena jaga aib yang beri ilmu,” katanya yang pernah mengendalikan kes gangguan seksual membabitkan 20 kanak-kanak di Sarawak ketika menjadi aktivis, lapan tahun lalu.

Tegas Fadhlina, cabaran KPM semakin besar kini kerana mereka bukan hanya melindungi kanak-kanak perempuan tetapi juga lelaki.

Sebagai komitmennya, beliau berkata KPM telah melancarkan Program Sekolah Selamat yang antara pengisiannya menyediakan persekitaran bebas dari gangguan seksual menerusi pengenalan garis panduan khas.

“Ini juga termasuk dalam konteks sukan yang kita buat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan supaya murid merasa selamat laksana aktiviti sukan,” katanya.



Menurutnya, KPM juga akan menambah guru kaunseling di setiap sekolah sebagai persediaan untuk berdepan kes gangguan seksual.

“Ini termasuk kaunseling bagi melindungi murid keperluan khas,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker