Firma Amerika ikrar pelaburan RM100 bilion di Malaysia – Duta

Firma Amerika ikrar pelaburan RM100 bilion di Malaysia – Duta

Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) telah membuat ikrar pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lepas, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Pelaburan besar itu melibatkan bidang yang menjadi tumpuan AS untuk mengukuhkan kedudukannya seperti elektronik dan semikonduktor selain segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.



“Pelaburan AS semakin ketara ke Malaysia dan ini sememangnya baik untuk AS. Ini kerana, kami mendapat tahu bahawa Malaysia berperanan penting dalam (menyumbang kepada) rantaian bekalan dunia sewaktu pandemik Covid-19.

“Banyak kilang-kilang yang bergantung secara langsung terhadap produk yang dibuat di Malaysia. Kami juga telah menjalin hubungan ekonomi yang saling memberi manfaat dan masih wujud sehingga ke hari ini,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program The Nation terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur, semalam.

McFeeters berkata, sebahagian besar syarikat-syarikat AS yang melabur di Malaysia turut meraih manfaat daripada teknologi terkini yang ditawarkan di negara ini.

Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia telah memainkan peranan paling konstruktif dari segi integrasi ekonomi dalam rantau Asean.



Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan perundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada Oktober ini untuk membincangkan pendekatan mewujudkan ekonomi lebih bersih dengan penggunaan tenaga boleh baharu (RE).

Pusingan rundingan tersebut akan meneliti isu-isu berbangkit pada abad ke-21 yang merangkumi bidang untuk mewujudkan ekonomi bersih dengan menggunakan RE selain meningkatkan rantaian bekalan bagi mengelak berulangnya gangguan di masa akan datang, kata beliau.

“Pertemuan pada Oktober itu penting kerana menjelang November 2023, AS pula akan berperanan sebagai hos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang turut menjadi lokasi mengumumkan hasil rundingan tersebut.

“Adalah diharapkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menghadiri acara itu berikutan peranan besar Malaysia sebagai hos rundingan tersebut,” katanya. Mk



Firma Amerika ikrar pelaburan RM100 bilion di Malaysia – Duta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon



Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker