Logo dan tema hari kebangsaan berbeza, Zahid sifatkan Ketua Pemuda PN dah gila

PUTRAJAYA: “Dia ini gila ke apa? Tak perlu mempolitikkan perkara ini.”

Demikian reaksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari, mengenai kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran gabungan itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Kebangsaan adalah acara nasional yang wajar disambut secara bersama.



“Ini bukan soal politik sebab soal bendera, perayaan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,” katanya ditemui selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Katanya, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.



Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Ketua Pemuda PN itu tidak layak menjadi Ahli Parlimen kerana terlalu berfikiran jumud.

“Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker