UMNO sepatutnya semakin matang berpolitik

“Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang.

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas laporan berita bertajuk Tiada sebab ahli UMNO mahu keluar parti beramai-ramai terbitan Utusan Malaysia pada 3 Ogos lalu.

Artikel itu antara lain menyebut penafian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung dakwaan Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa tentang keadaan UMNO semakin tenat dan hilang wibawa apabila bakal menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli untuk meninggalkan parti berkenaan dalam masa terdekat.

Sebagaimana diketahui umum, UMNO merupakan sebuah parti Melayu terbesar sejak merdeka sehingga ke hari ini. Bahkan terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada negara.

Pun begitu, terdapat persoalan mengenai hala tuju parti itu ketika ini. Sepatutnya perjalanan parti yang sudah bertapak terlalu lama itu semakin matang serta utuh dan padu dalam menuju kebaikan dan kecemerlangan, Namun, agak malang sekali apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

UMNO diterajui oleh orang Melayu Islam dan sebagai pemimpin sewajarnya memberi contoh teladan terbaik terhadap golongan bawahan supaya tidak timbulnya rasa kecewa dan sebagainya.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi, tidak hairanlah mengapa ahli atau penyokong parti itu bertindak keluar parti apabila pimpinan tertinggi terlibat dengan salah laku.

Sehubungan itu, tidak perlulah ahli politik mengeluarkan kata-kata putar belit atau tidak benar semata-mata mahu menegakkan kebenaran. Tidak mudah bagi seseorang memberi kemaafan atas kekalahan teruk UMNO dalam pilihan raya umum lalu dan kini pula berada dalam kerajaan.

Ingatlah, bangsa dan agama perlu dipelihara maruah serta martabatnya.

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker