Piala Malaysia: Kedah tersungkur di tangan Perak
Walaupun menang 2-1 pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia sebentar tadi, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa menggigit jari apabila tersingkir daripada saingan trofi berprestij itu selepas tewas 3-4 secara agregat kepada Perak FC.
Pada aksi di hadapan 9,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Perak terlebih dahulu memiliki peluang keemasan melalui penyerang importnya, Seo Seonung yang melakukan percubaan rendah berhampiran kotak penalti tuan rumah, namun percubaannya itu berjaya ditepis penjaga gawang Kedah Kalamullah Al-Hafiz pada minit ketujuh.
Selang empat minit kemudian, Perak sekali lagi hampir membuka tirai jaringan apabila pemain importnya Luka Milunovic berjaya merembat bola masuk ke gawang Kedah namun jaringannya itu dibatalkan pengadil kerana ofsaid.
Kedah cuba mendominasi perlawanan dengan beberapa serangan ke kubu pelawat melalui Manuel Hidalgo dan juga Amirbek Juraboev namun Perak yang hadir dengan benteng yang lebih berdisiplin telah menyukarkan Kedah membuat percubaan bahaya.
Percubaan demi percubaan yang dilakukan Sang Kenari akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-26 selepas pengadil mengesan bola terkena tangan pemain Perak dan peluang terbaik itu dimanfaatkan Hidalgo yang merembat kemas bola menewaskan Shaheeswaran Thavakumar pada minit ke-27.
Memasuki babak kedua Perak menerima tamparan hebat apabila pemain yang baru dibawa masuk iaitu Khairul Asyraff Ramli dilayangkan kad merah pada minit ke-54 selepas mengasari Juraboev dan dengan 10 pemain Perak dilihat lebih berhati-hati dalam memastikan benteng mereka tidak lagi dibolosi.
Kedah mengambil peluang itu dengan menambah gol kedua melalui jaringan Akmal Zahir pada minit ke-82 selepas rembatannya terkena kaki pemain Perak sebelum menerjah jaring.
Kelegaan Kedah itu bagaimanapun hanya bertahan seketika apabila Perak membalas jaringan pada minit ke-85 melalui tandukan Seonung dalam insiden kelam kabut depan pintu gol Kedah.
Kedah pula hampir mendapatkan jaringan ketiga pada minit ke-86 melalui percubaan Ifedayo Olusegun tetapi percubaannya pula terkena tiang gol sekali gus mengecewakan tuan rumah untuk mengheret aksi ke masa tambahan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)
You must be logged in to post a comment.