Azeem mampu cabar jaguh dunia

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi berkemampuan untuk melangkah hingga ke peringkat separuh akhir acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu terlebih dahulu akan turun dalam saringan dua peringkat kelayakan di Pusat Olahraga Nasional pada pukul 6.35 petang ini.

Berdasarkan senarai mula, Azeem, 19, merupakan pelari terpantas jika diukur menerusi rekod peribadi 10.09s dan catatan tahunan terbaik 10.11s berbanding enam lagi pencabarnya dalam saringan itu.

Atlet Seychelles, Dylan Sicobo dengan masa tahunan terbaik 10.45s dan Brandon Jones dari Belize (10.53s) dijangka mencabar Azeem untuk merebut dua tiket automatik daripada saringan dua ke pusingan pertama awal pagi esok.

Bagaimanapun, Azeem yang kini mewakili Universiti Auburn, tetap tidak boleh memandang rendah empat lagi pencabarnya seperti Aayush Kunwar (Nepal), Winzar Kakuouea (Nauru), Seco Camara (Guinea-Bissau) dan Kylian Vatrican (Monaco).

Atlet dari Teluk Intan, Perak itu terpaksa melalui peringkat kelayakan kerana beraksi pada Kejohanan Dunia atas tiket wildcard walaupun memiliki catatan masa yang bagus.

Realistiknya, Azeem diramal mampu melepasi halangan pusingan pertama bermula pukul 1.43 pagi esok sebelum berdiri sebaris dengan jaguh-jaguh dunia di blok permulaan peringkat separuh akhir 10.35 malam esok.

Tidak mustahil Azeem mampu melakukan kejutan dengan memadam rekod kebangsaan atau mencetak masa bawah 10s, sekali gus menjadi manusia pertama dari Asia Tenggara melakukan sejarah tersebut

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker