Hal PRK kita tunggu dulu, kita urus keperluan waris mangsa dulu – Anwar

Hal PRK kita tunggu dulu, kita urus keperluan waris mangsa dulu – Anwar

Sebarang urusan atau perbincangan mengenai pilihan raya kecil (PRK) akan dibincangkan kemudian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri secara ringkas mengulas mengenai kemungkinan PRK diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, semalam.

“Yang itu (PRK DUN Pelangai) tak apa, kita tunggu kemudian,” katanya ketika ditemui selepas melawat Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Johari yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang dilaporkan terkorban selepas terbabit dalam nahas jet penumpang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Allahyarham adalah antara 10 mangsa yang maut susulan nahas itu, termasuk dua individu lain, masing-masing seorang penghantar p-hailing dan pemandu kenderaan yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.

Johari yang kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menang di kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari PEJUANG (65 undi).

Semalam, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilapor mengesahkan kematian Johari akibat nahas berkenaan.

Kerajaan akan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga korban nahas pesawat di Elmina, petang semalam, termasuk pengurusan jenazah dan bantuan kewangan kepada waris mangsa, kata Anwar

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, ia bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga waris khususnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, dipercayai merujuk pemandu e-panggilan.

Hal PRK kita tunggu dulu, kita urus keperluan waris mangsa dulu – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker