Remaja parah perut tertusuk buluh bendera
Remaja parah perut tertusuk buluh bendera
GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki parah apabila perutnya tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berisi muatan itu dalam kejadian di KM 29 Jalan Gua Musang-Jeli di sini malam tadi.
Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku ketika pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara itu, dalam perjalanan untuk pergi memancing kira-kira 9.30 malam.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa terlanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan muatan buluh yang sedang parkir di atas Jambatan Pulau Setelu.
“Susulan itu, mangsa tertikam dengan satu batang buluh yang digunakan untuk memasang bendera parti politik berukuran 2m dan menembusi perutnya,” katanya dalam kenyataan.
Sik berkata, mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda itu diparkir di atas jambatan berkenaan kerana pemiliknya sedang melakukan kerja-kerja mencabut bendera parti politik berhampiran lokasi kejadian.
“Pengguna jalan raya diminta supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di atas jalan dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain,” katanya.
Sik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. FMT
Remaja parah perut tertusuk buluh bendera
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan
You must be logged in to post a comment.