Kes tuntutan palsu RM200,000, penjawat awam wanita ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan selepas disyaki menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.

Menurut sumber, suspek seorang wanita berusia 30-an ditahan kira-kira jam 1 petang Rabu ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2020 hingga 2023 dalam mengadili kes tuntutan palsu sebagai suapan bagi dirinya sendiri,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman pada pagi esok,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker