4 tuduhan seksual, Encik Safiey Ilias lepas tanpa bebas
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik Safiey Ilias daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, dua tahun lepas.
Hakim Norhazani Hamzah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon agar Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan.
“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.
Terdahulu, Nurfadzlin berkata permohonan itu dibuat atas alasan Safiey akan didakwa semula di Pahang dan Johor kerana mangsa, yang juga saksi dalam kes terbabit, masing-masing berada di kedua-dua negeri.
Beliau berkata jika perbicaraan dijalankan di Mahkamah Ampang, ia menyukarkan mangsa kerana terpaksa berulang-alik.
Peguam Harjeet Singh Sidhu, yang mewakili Safiey, pula memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan kerana kes itu sudah lama.
Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar bantahan awal Safiey berhubung dua daripada empat pertuduhan seksual terhadapnya.
Sebelum ini, perbicaraan kes itu ditetapkan pada 4,5 dan 11 Sept serta 2 Okt ini.
Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua mangsa menerusi aplikasi Instagram di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021.
Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payudara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15(a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan
You must be logged in to post a comment.