Muslihat musuh tersembunyi di sebalik desakan supaya Zahid berundur

Muslihat musuh tersembunyi di sebalik desakan supaya Zahid berundur

Pengundi khususnya Orang Melayu, belum benar-benar meyakini gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dibentuk sejak November lalu, sekaligus menyebabkan UMNO mengalami kekalahan pada banyak kerusi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Azian Osman, berkata pemimpin parti itu perlu meyakinkan kembali orang ramai, khususnya ahli UMNO sendiri, mengenai kerjasama politik dibentuk itu.

“Momentum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 masih ada. Saki baki peluru-peluru masih ada. Momentum itu mempengaruhi keputusan PRN. Kerajaan Pusat masih tidak dapat meyakinkan pengundi dalam tempoh lapan bulan ini.

“Gabungan PH-BN juga masih terlalu baharu untuk diyakini dan diterima oleh ramai orang. Keyakinan perlu untuk orang ramai menyokong mana-mana kumpulan. Pertempuran dah selesai, peperangan akan datang adalah PRU ke-16, semua pihak masih ada masa untuk memperkukuhkan barisan masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Azian hairan mengapa mereka yang tidak menyokong UMNO sibuk mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatannya.

“Jika Presiden UMNO yang benar-benar menyebabkan UMNO makin lemah, mereka sepatutnya lebih suka Ahmad Zahid terus memimpin UMNO. Seolah-olah ada udang sebalik batu,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, pada Sabtu menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan susulan kekalahan teruk BN khususnya UMNO dalam PRN.

Gesaan sama juga dibuat Muhyiddin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razalan Muhammad Rafii, seeloknya biarlah proses pilihan raya bagi penggal PRU ke-15 yang baru lengkap ini, berjalan sehingga ke penghujungnya tanpa sebarang ganggu gugat politik dan kestabilan pentadbiran negara.

“Sabtu lalu, rakyat sudah lengkap memilih untuk penggal ini. Penggal PRU ke-15 sudah selesai apabila kesemua negeri dan persekutuan melakukan proses pilihan raya. Penggal PRU ke-15 ini bukan lama, tinggal empat tahun saja.

“Dalam waktu ini, Kerajaan Persekutuan ditadbir dengan majoriti dua pertiga, iaitu satu majoriti yang kukuh. Rakyat sudah pasti boleh bersabar melihat corak pentadbiran ini. Pembangkang tetap pembangkang, dengan pembongkaran kes-kes Jana Wibawa, aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) (di Kedah) dan pelbagai proses mahkamah sedang berlangsung, sudah pasti mereka merasakan ia waktu yang panjang.

“Kita selesaikan penggal ini. Kita saksikan dan beri kebebasan kepada pihak berkuasa melakukan tanggungjawab mereka. Berilah waktu rakyat dan negara tenang sebentar sehingga habis penggal. Rakyat sudah memilih,” katanya. BH

Muslihat musuh tersembunyi di sebalik desakan supaya Zahid berundur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker