Jakim sahkan tiada buku promosi LGBT di pasaran negara
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada buku yang mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dijual di kedai-kedai buku tempatan.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan berhubung video tular oleh Cordova Media berkenaan beberapa buku mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT adalah merupakan video yang diambil di luar negara iaitu di Ireland.
Katanya, Jakim mengambil serius berkenaan sebarang usaha untuk mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya umat Islam.
“Pihak Jakim sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosi LGBT.
“Buku-buku berkenaan boleh dianggap melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kandungan penerbitan buku yang cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama, undang-undang serta budaya di negara ini.
Tegasnya, Jakim menasihatkan orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak serta tidak membeli bahan-bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur negatif bercanggah dengan ajaran Islam.
“Pemantauan dan pencegahan yang konsisten adalah amat penting bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka,” ujarnya.
Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan kebimbangan seorang individu yang dipercayai di luar negara berhubung penerbitan buku panduan kepada kanak-kanak untuk menjadi generasi LGBT
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan