Desak Presiden UMNO letak jawatan hanya jalan pintas – Khaled

Desak Presiden UMNO letak jawatan hanya jalan pintas – Khaled

Desakan segelintir pihak supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Presiden UMNO berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu, disifatkan sebagai jalan pintas dan mudah untuk menjadikan kekalahan sebagai alasan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata memang mudah untuk sesiapa saja meminta seseorang itu meletak jawatan, namun langkah sebaik-baiknya ialah melakukan ‘post-mortem’ bagi mengkaji dan mengenal pasti punca kekalahan berkenaan.



“Apabila tengah marah, emosi, akan keluar macam-macam (kenyataan)… saya tidak mahu tergolong seperti itu.

“Biar kita reda dan melakukan ‘post-mortem’. Kita mencari kelemahan diri kerana terdapat banyak faktor (kekalahan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Pada PRN, Sabtu lalu, UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di enam negeri, iaitu 14 di Negeri Sembilan, masing-masing dua di Selangor dan Pulau Pinang, serta satu di Kelantan, selain gagal meraih sebarang kemenangan di Kedah dan Terengganu.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, melihat keputusan PRN terbabit sebagai referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) – BN, justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahmad Zahid mesti mengambil tanggungjawab moral dengan serta-merta meletak jawatan masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.



Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh pula mahu Ahmad Zahid bertanggungjawab atas prestasi buruk BN pada PRN itu, sekali gus menggesa beliau meletak jawatan tertinggi yang disandangnya dalam parti.

Ditanya sama ada peletakan jawatan Ahmad Zahid – sekiranya berlaku – adalah jalan terbaik dalam menangani isu berkenaan, Mohamed Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu cakap. Apa yang boleh saya katakan ialah perlu lakukan ‘post-mortem’,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, ada banyak langkah boleh diambil untuk memulihkan UMNO.



“Antaranya ialah perlu tahu apa isu-isu yang dibawa dalam PRN. Kita tahu mungkin rakyat belum merasai sepenuhnya kesan daripada usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

“Mungkin juga bagi pengundi dan penyokong UMNO, ini kali pertama bekerjasama dalam pasukan yang dulunya lawan. Ini semua akan mengambil masa dan masa yang akan tentukan,” katanya.

Mengenai desakan segelintir pihak supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, beliau percaya gesaan itu dibuat dalam keadaan sedang marah dan kecewa dengan keputusan PRN. BH

Desak Presiden UMNO letak jawatan hanya jalan pintas – Khaled



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker