PAS tadbir Kelantan selama 33 tahun, hanya menyumbang 1.9% KDNK
Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata rakyat boleh menilai kemampuan kepimpinan PAS di Kelantan selama 33 tahun yang gagal menjana pertumbuhan ekonomi setanding negeri lain.
Beliau memberikan contoh sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu kepada negara hanya sekitar 1.9%, jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
“Membangunkan negeri memerlukan satu pasukan yang memiliki keupayaan dan kepemimpinan untuk memerintah negeri, dan sebab itu selepas 33 tahun, sumbangan KDNK Kelantan hanya 1.9% berbanding Selangor yang mencatat 25.5%,” katanya pada program Soal Rakyat Khas PRN disiarkan di TV3 malam ini.
Beliau berkata Selangor menikmati pembangunan dimulakan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan asas baik sepanjang mentadbir negeri berkenaan selama 51 tahun sebelum diteruskan PH (sebelum ini Pakatan Rakyat) selepas 2008.
Mengulas dakwaan beberapa pihak mengatakan tidak adil membandingkan Kelantan dengan Selangor yang terletak hampir dengan ibu negara, Johari menegaskan lokasi sesebuah negeri bukan satu-satunya faktor penentu dalam pertumbuhan ekonomi negeri.
“Saya rasa di mana saja negeri itu terletak, yang paling penting kalau kita diberi masa sehingga 33 tahun tahun, kita mesti membawa satu pembaharuan kepada negeri.
“Tidak semestinya catat KDNK negeri sampai 25.5%. Mungkin kalau boleh dapat lapan, 9.0% yang sudah tentu lebih baik daripada 1.9%.
“Kita tengok Sarawak, dia sangat jauh (dari Kuala Lumpur) tapi tengok sumbangan KDNK negeri hampir 9.7%. Mereka mempunyai kepimpinan yang bagus di Sarawak, sebab itu kita tengok dia boleh membangunkan negerinya,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaji penjawat awam akan naik dalam belanjawan – Anwar
- 3 kali mandi wajib pun ada – Mohd Amar
- Tanya pun salah – Nabila Huda
- 3 ekor buaya muncul dari lantai simen
- Artis tayang hidup mewah, hutang keliling pinggang sampai rumah kena lelong
- Dikapak bekas suami kekasih, lelaki parah
- Mufti Perlis puji DAP tidak calonkan ‘buah berpenyakit’
- Anggota FRU salah faham ditempatkan di kediaman
- Isteri jutawan Dubai tayang duit, netizen yang panas
- Video bapa balas dendam, serang pengasuh taska pula tular
- Syahir jahil! Lukakan hati masyarakat Siam beragama Buddha
- AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taip
- Rogol remaja bergilir-gilir, 5 lelaki ditahan
- Lelaki gay suka pergi gym, dakwa seorang ustaz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati
Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin
Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal
Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’