Terengganu pula umum Ahad sebagai cuti peristiwa

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti pada 13 Ogos itu bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke kampung halaman masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk mengundi.

“Cuti ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan.



Katanya kerajaan negeri juga berharap pengumuman ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam proses demokrasi itu esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker