Malaysia cipta sejarah ke final, belasah Korea juara bertahan 6-2

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara mencipta sejarah apabila melangkah ke final buat kali pertama dalam kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023.

Malaysian Tigers yang dibimbing Arul Selvaraj mara bergaya selepas membelasah juara bertahan, Korea Selatan 6-2 dalam aksi separuh akhir di Chennai, India, sebentar tadi.

Skuad negara dikejutkan dengan jaringan padang Ji Woo Cheon seawal minit kedua, namun kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menyamakan kedudukan juga hasil jaringan padang.



Ketika permainan memasuki minit kesembilan, giliran Malaysian Tigers pula berada di depan apabila Muhammad Najmi Farizal Jazlan menyudahkan pukulan sudut penalti.

Permainan sengit terus ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Jang Jonghyun berjaya mengikat kedudukan buat Korea Selatan pada minit ke-14.

Kejayaan Faizal Saari menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-19 kembali meletakkan Malaysia di depan sebelum Muhammad Najmi meledak gol keempat, tiga minit kemudian.

Dua jaringan padang yang diledak Shello Silverius pada suku keempat melengkapkan kemenangan bersejarah skuad negara dan akan berdepan pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara India dan Jepun di final.



Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah mara ke final ACT sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2011 dengan pencapaian terbaik adalah menduduki tempat ketiga pada edisi 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker