Digugurkan kerana PAS sudah cukup rimas dengan Nik Amar

Ada banyak perkara yang menarik apabila PAS mengeluarkan kenyataan mengenai rancangan parti itu di Kelantan, kata bekas menteri Khairuddin Aman Razali.

Katanya isu yang timbul di Kelantan bukanlah saja disebabkan pelbagai kenyataan dibuat Naib Presiden PAS, Nik Amar Abdullah.

Sebaliknya menurut Khairuddin masalah yang berlaku di Kelantan adalah disebabkan kelemahan secara menyeluruh kerajaan negeri yang diterajui PAS termasuk exconya.



“Sekiranya exco-exco ini pula yang mengambil alih teraju sebagai menteri besar dan timbalan menteri besar (selepas PRN nanti), keadaannya tetap sama.

“Masalah pengurusan kerajaan Kelantan di bawah PAS yang melibatkan air dan tatakelola tetap berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengah hari tadi PAS menawarkan pembaharuan dalam kerajaan Kelantan dengan menjanjikan menteri besar dan timbalan menteri besar baru jika parti itu dan gabungannya, PN, mendapat mandat sekali lagi.

Sebelum ini jawatan menteri besar disandang Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob manakala Mohd Amar sebagai timbalannya.



Cabaran PAS Kelantan dalam PRN ini sedikit berbeza apabila wujud gerakan yang jelas mahu menolak Mohd Amar dan dipercayai digerakkan oleh ahli parti itu sendiri.

Pada masa sama beberapa kenyataan dibuat Mohd Amar dipercayai meletakkan PAS dalam keadaan sedikit sukar ketika parti itu perlu bergantung kepada undi daripada anak negeri yang bekerja di luar Kelantan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tawaran muka baru bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar itu sebenarnya sekadar menggantikan Ahmad dengan Mohd Amar sebagai menteri besar.

Adakah untungkan PAS Kedah?



Khairuddin juga mendakwa tawaran dibuat PAS kepada pengundi Kelantan menunjukkan parti terbabit sendiri tidak selesa dengan pelbagai tindakan Mohd Amar.

“Ia menunjukkan pemimpin PAS berasa rimas dan tertekan dengan pelbagai kenyataan sinis dan sinikal oleh TMB Kelantan (Mohd Amar) sekarang terutamanya dalam isu krisis air.

“Ia tidak menguntungkan politik PAS di Kelantan malah menimbulkan kemarahan rakyat jelata.

“Kerimasan ini sebenarnya sudah lama disuarakan dalam kalangan ahli dan pimpinan pertengahan PAS,” dakwanya.



Khairuddin berkata kenyataan dibuat PAS siang tadi lebih menarik apabila parti terbabit memutuskan untuk hanya menggantikan menteri besar di Kelantan.

Sedangkan di Kedah dan Terengganu, tambah bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu, penyandangnya – Muhammad Sanusi Md Nor di Kedah dan Ahmad Samsuri Mokhtar di Terengganu – dicadang untuk dikekalkan.

“Ucapan-ucapan Menteri Besar Kedah yang kontroversi sebagai seorang pemimpin parti berjenama Islam – adakah dilihat menguntungkan politik PAS di Kedah?” katanya.

Khairuddin yang kini menjadi setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno berkata keputusan menukar dua pemimpin tertinggi kerajaan Kelantan hari ini dibuat oleh Dewan Harian PAS Pusat saja, bukannya Jawatankuasa PAS Pusat.



Salah seorang ahli dewan harian itu, katanya, ialah Mohd Amar sendiri atas kapasitinya sebagai naib presiden.

“Apakah respon TMB Kelantan (Mohd Amar) sendiri ketika mesyuarat tersebut membuat keputusan?” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker