Pelaburan berbilion ringgit di Kedah tepati sasaran Ekonomi MADANI

Hasil usaha Kerajaan Perpaduan membawa pelaburan semakin rancak.

Pelaburan berbilion ringgit di Kedah tepati sasaran Ekonomi MADANI

Kemasukan pelaburan besar di kawasan utara tanah air seperti di Kulim, Kedah adalah sesuatu yang memberangsangkan, sekali gus membuktikan Malaysia mampu menjadi hab bagi industri berkaitan teknologi tinggi sejajar dengan sasaran kerajaan dalam Ekonomi MADANI, demikian menurut penganalisis.

Semalam, pengeluar bateri litium global, EVE Energy Co Ltd mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan baharunya dengan pelaburan awal sebanyak AS$422 juta (RM1.924 bilion) di Kulim.



Minggu lalu, penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman, Infineon dilaporkan akan meningkatkan pelaburan bagi kemudahannya di Kulim sehingga lima bilion euro (RM25 bilion) lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah, sebelum ini, AT&S, peneraju pembuatan papan litar bercetak (PCB) global dan substrat litar bersepadu (IC) berpangkalan di Austria juga memilih Malaysia dengan membangunkan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah membabitkan pelaburan kira-kira RM8.5 bilion.

Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kemasukan pelaburan ke kawasan utara itu adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Beliau berkata, sekiranya momentum itu dapat dikekalkan, proses pembangunan di bahagian utara akan menjadi rancak serta dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan.



Katanya, ia sekali gus dapat mengimbangkan pertumbuhan ekonomi di antara negeri yang kurang maju dan maju dan secara tidak langsung sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat dalam menjadikan negara destinasi pelaburan berdaya saing dan bertaraf global.

“Selain itu, pertumbuhan ekonomi yang rancak di utara tanah air akan dapat mengurangkan migrasi rakyat ke bandar, sekali gus dapat mengurangkan kepadatan penduduk di kawasan bandar,” katanya kepada BH bagi mengulas kemasukan pelaburan di utara.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kerangka Ekonomi MADANI memberikan penunjuk aras arah yang mahu dicapai Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, justeru ia menjadi mudah kepada pelabur sama ada dari luar negara mahupun tempatan untuk memahami hala tuju dan memfokuskan industri yang diberikan kelebihan dari aspek insentif kerajaan.



Contohnya, komitmen Tesla untuk membuka ibu pejabat serantaunya di Malaysia adalah antara kejayaan utama negara, seterusnya hasrat Infenion juga turut menjadi contoh keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam menarik pelaburan, katanya.

Jelasnya, pelaburan bukan hanya bertumpu di Lembah Klang saja tetapi di seluruh negara termasuk di bahagian utara Semenanjung.

“Pada masa ini tapak perindustrian bernilai tinggi (di utara) adalah seperti di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA); Bandar Getah Kedah (KRC); Kedah Eco-Innovation Park (KEIP), Logistik Sidam, Hab Pengeluran dan Aeroangkasa (SLAM) dan Silver Valley Technology Park (SVTP).

“Wilayah ini mempunyai persekitaran yang sangat berkembang, mesra perniagaan, dengan perniagaan tempatan mengguna pakai piawaian penyampaian bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan syarikat multinasional (MNC).



“Justeru, banyak MNC telah melabur dan menjadikan NCER sebagai salah satu hab perniagaan global mereka. Pertumbuhan dan transformasi ekonomi rantau ini didorong melalui pelbagai inisiatif oleh NCIA,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula melihat jika industri nadir bumi dapat dibangunkan secara komprehensif membabitkan keseluruhan ekosistem dari huluan ke hiliran, maka tidak mustahil akan ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi taman perindustrian mega yang menyokong industri nadir bumi.

Beliau berkata, ia berikutan nadir bumi adalah elemen penting dalam penghasilan barangan elektronik seperti telefon pintar dan juga komponen kereta elektrik seperti bateri, magnet kekal dan motor. BH

Pelaburan berbilion ringgit di Kedah tepati sasaran Ekonomi MADANI



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker