Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
SUASANA kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu yang memasuki pusingan kedua semakin ‘panas’ menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan jentera parti bertanding dijangka melakukan pecutan terakhir untuk menarik sokongan pengundi.
Selepas penamaan calon pada 29 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih ghairah memasang bendera ‘bulan’ berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di seluruh negeri Terengganu.
Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusri Ibrahim berkata, PN kini berada pada posisi terkuat dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti selesa.
Malah analisis Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mendapati, peluang PN untuk menang semua 32 kerusi DUN sangat cerah berdasarkan trend undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Sememangnya sokongan kuat rakyat kepada PN sejak PRU15 sehingga PN menang di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu, agak sukar dinafikan BN dan PH.
Namun memasuki pusingan kedua kempen, kerja-kerja kempen termasuk ceramah didapati tidak meriah berbanding PRU15.
Kelibat Muslimah Pas berpayung ‘hijau’ juga tidak banyak kelihatan memasuki kampung dan taman perumahan untuk berkempen.
Petugas jentera pilihan raya PN khususnya Pas lebih santai mungkin kerana mereka terlalu yakin kesemua 32 kerusi DUN berada dalam genggaman mereka.
Jentera BN semakin ‘berpeluh’ membanting tulang empat kerat bagi menggerakkan kempen memikat pengundi.
Calon dan petugas BN tidak cukup rehat berkempen hampir 24 jam setiap hari kerana menyedari PN mendahului sejak awal kempen lagi.
Dalam keadaan tersebut, BN mampu melakukan kejutan hasil kempen pada saat-saat akhir dan kemungkinan berulang sejarah swing state dalam PRN ini.
PN mungkin berputih mata untuk mempertahan kemenangan kerana sikap pengundi di Terengganu agak luar biasa dan sukar diramal.
Berdasarkan rekod sebelum ini, Pas mampu mentadbir negeri dalam tempoh sepenggal sahaja. Utusan
Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan
You must be logged in to post a comment.