Billie Eilish akui rosak sebab ketagihan pornografi

Billie Eilish akui rosak sebab ketagihan pornografi

Penyanyi Billie Eilish membuat pengakuan kontroversi mengenai masalah ketagihannya menonton porno.

Mengenali pornografi sedari usia kecil, menurut Billie, masalah ketagihannya itu menyebabkan otaknya rosak selain sering mendapat mimpi buruk.

“Saya rasa pornografi merupakan satu hal yang memalukan. Jujurnya, dulu saya sering menonton filem porno… saya mula menonton ketika usia saya 11 tahun.

“Pornografi benar-benar menghancurkan otak saya, dan saya berasa sangat ‘hancur’ kerana sering menonton kandungan seperti itu,” katanya menerusi The Howard Stern Show.

Dipetik daripada detikhealth, ketagihan bahan lucah adalah ketagihan yang paling sukar untuk dirawat, kerana ketagihan ini menyerang ‘jantung’ manusia. Hal ini kerana, seksualiti merupakan pemacu utama dari hal-hal kepentingan manusia.

“Pornografi ialah racun yang sempurna,” kata Gordon S. Bruin M.A., L.P.C, pengasas dan presiden InnerGold Counseling Services Inc., seperti yang dilaporkan oleh HubPages.

Pada asasnya, satu-satunya perbezaan antara ketagihan dadah dan pornografi ialah, cara ia memasuki sistem. Otak bertindak balas terhadap maklumat yang diterima melalui mata lebih cepat berbanding daripada sumber lain.

Maklumat visual diproses dalam sistem limbik dalam nanosaat. Disebabkan ini kenapa ketagihan menonton kandungan lucah adalah masalah besar. Maklumat visual diproses lebih cepat daripada maklumat deria lain. Gempak

Billie Eilish akui rosak sebab ketagihan pornografi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker